Donut Gebu


Donut Gebu


Bahan A:
2 sudu kecil (tsp) yis mauripan
1/4 cawan (cup) air suam
1 sudu kecil (tsp) gula


Bahan B:
3 cawan (cup) tepung gandum

4 sudu besar (tbsp) gula
1/2 sudu kecil (tsp) garam
2 sudu besar (tbsp) susu tepung/horlick
1 biji telur
1/2 cawan (cup) air
2 sudu besar (tbsp) planta

*gunakan measuring spoon*

  1. Satukan Bahan A dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
  2. Bagi Bahan B satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
  3. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat pada tangan.
  4. Biar kan doh di dalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  5. Bila doh kembang tumbuk2 untuk mengeluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  6. Biar sebentar donut naik 15-20 minit/lebih lama untuk mendapatkan donut yang gemuk
  7. Goreng dengan minyak panas dengan api kecil. Jangan lupa balik-balikkan.
  8. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat selepas 1 minit dikeluarkan dari kuali.


Resepi dari Resepi Bonda


Comments