Cakui Legend!




Cakui Legend!


Original resepi: My Sister's Mother in Law

Bahan²:
1kg tepung gandum
15ml yis
4 sudu marjerin
Sedikit soda bikarbonat (hujung sudu je)
Air garam secukupnya

Cara²:
1. Mix tepung, yis, soda bikarbonat dan marjerin sampai sebati.
2. Kemudian, masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil uli sehingga tiada ketulan tepung. Doh sekarang memang melekat sebab masih basah.
3. Kemudian, biarkan doh tersebut selama 30 minit sehingga kembang.
4. Setelah kembang, tambahkan air garam sedikit dan uli doh sehingga lembut.
5. Taburkan tepung di atas meja yang bersih untuk digunakan membentuk doh. (Rujuk video 1)
6. Setelah dibentuk memanjang, leperkan doh menggunakan tangan sahaja. Jika doh terlampau panjang, boleh dipotong kepada dua bahagian. (Rujuk video 2)
7. Kemudian, potong doh tersebut lebih kurang 1 inci lebar.
8. Lekatkan kedua doh yang telah dipotong tadi dengan menggunakan air.
9. Kemudian, panaskan minyak. Ambil doh yang dilekat tadi, tarik memanjang dan goreng!

SEMOGA BERJAYA!




Video 1


Video 2


Comments