Kuih Simpang / Kuih Sipang





Kuih Simpang

Tunjuk ajar dari My Sistur Goldie

Bahan²:
500g tepung gandum*
11g yis (1 paket)*
1 sudu makan marjerin*
4 sudu makan gula*
100ml air suam

Bahan tabur:
1. Bijan
2. Gula

Cara²:
1. Campur semua bahan² yang bertanda * di atas.
2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambah air jika tidak mencukupi.
3. Uli sehingga licin dan tidak melekat di tangan.
4. Kemudian, hempas² doh tersebut 2 hingga 3 kali sehingga doh lembut. Ulang lagi 3x.
5. Kemudian uli lagi dan bulatkan doh.
6. Leperkan doh tersebut seperti pizza. Jangan terlampau nipis & jangan terlampau tebal.
7. Renjiskan air di atas doh yang leper tadi dan taburkan bijan mengikut kesukaan anda. Kemudian, taburkan sedikit gula.
8. Sila rujuk gambar di bawah untuk cara² untuk memotong doh tersebut.
9. Kemudian goreng sehingga kuning keemasan.
10. Siap!




Comments